Pages

Wednesday, January 26, 2011

Firefox 4 Beta Siap Sedia Untuk Dimuat Turun

10 hari selepas pelancaran Firefox 4 Beta 9, Mozilla melancarkan pula Firefox 4 Beta 10 pada minggu ini.


Sedikit perubahan telah dibuat pada pelayar web itu agar lebih stabil dan menyokong Flash yang lebih baik buat pengguna Mac OS X.

Muat turun Firefox 4 Beta.

Malaysia Menjadi Pejabat Kedua Google Di Asia Tenggara

Google akhirnya bakal membuka pejabat di Malaysia pada hari ini (Rabu) -- pejabat kedua mereka di Asia Tenggara selepas Singapura. Mengikut ketua Google Asia Tenggara, Julian Persaud, Malaysia merupakan negara Asia Pasifik yang mencatatkan penggunaan pelayar web (web browser) kepunyaan mereka, Chrome, yang paling tinggi.


Pejabat Google di Kuala Lumpur merangkumi produk seperti Google Maps, Google News, dan Google Translate.  

Google yang mencatat keuntungan $30 billion tahun lepas akan mengambil pekerja baru lebih 6000 orang pada tahun ini.