Pages

Wednesday, January 26, 2011

Malaysia Menjadi Pejabat Kedua Google Di Asia Tenggara

Google akhirnya bakal membuka pejabat di Malaysia pada hari ini (Rabu) -- pejabat kedua mereka di Asia Tenggara selepas Singapura. Mengikut ketua Google Asia Tenggara, Julian Persaud, Malaysia merupakan negara Asia Pasifik yang mencatatkan penggunaan pelayar web (web browser) kepunyaan mereka, Chrome, yang paling tinggi.


Pejabat Google di Kuala Lumpur merangkumi produk seperti Google Maps, Google News, dan Google Translate.  

Google yang mencatat keuntungan $30 billion tahun lepas akan mengambil pekerja baru lebih 6000 orang pada tahun ini.


No comments:

Post a Comment